Muka Dimah


PENGENALAN


SPARKLE UPSR 2012 merupakan program khas sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan UPSR 2012. ‘SPARKLE’ diklasifikasikan sebagai suatu usaha yang komited dan bersungguh-sungguh terhadap pembelajaran murid-murid Tahun Enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini seramai 45 orang. Guru-guru akan berusaha keras dengan iringan doa dalam menyerlahkah potensi dan kebolehan murid murid-murid sesuai degan konsep ‘SPARKLE’.

Pendidikan peringkat sekolah rendah adalah bertujuan untuk mencapai matlamat meningkatkan potensi individu secara menyeluruh bagi mewujudkan budaya belajar yang berterusan bagi membentuk masyarakat berilmu dan berwawasan.

            Pendidikan berkesan yang berteraskan kecemerlangan akademik adalah merupakan objektif utama sekolah ini di samping pendidikan berterusan yang merangkumi aspek pertumbuhan rohani, jasmani, intelek dan emosi murid-murid sekolah ini.

            Sehubungan itu,pelbagai program telah dirancang menjurus ke arah kecemerlangan ademik murid-murid, terutamanya dalam kecemerlangan UPSR 2012.

Program Peningkatan Kecemerlangan Tahun Enam ini juga merupakan usaha pentadbir dan guru-guru sekolah ini dalam mempertingkatkan tahap pencapaian prestasi  calon-calon UPSR 2012 dari segi kualiti dan juga kuantiti. Diharapkan juga dengan adanya program ini, pencapaian sekolah dalam UPSR 2012 nanti setanding dengan sekolah-sekolah lain yang berdekatan.



RASIONAL


Program ini dirangka mengikut rasional berikut:
1.         Memupuk sikap ingin berjaya dalam UPSR
2.         Menanam minat ingin belajar untuk kecemerlangan diri dan            sekolah
3.         Mendidik murid-murid dalam pengurusan masa yang            berkesan.



MATLAMAT


Bersandarkan program dan aktiviti yang telah dirancang, adalah diharapkan program ini akan berupaya untuk menaikkan peratus kelulusan keseluruhan UPSR bagi sekolah ini dan seterusnya meningkatkan bilangan murid yang mencapai keputusan 5A  dalam  UPSR 2012.
            Sasaran pencapaian kelulusan dalam UPSR ialah 84.4% dan bilangan murid mendapat 5A ialah seramai 7 orang.

OBJEKTIF


Antara objektif program ini ialah :

1. Meningkatkan penguasaan kemahiran secara lebih berkesan dalam semua
    mata  pelajaran UPSR.

2. Menyediakan murid-murid dengan kemahiran dan pengetahuan yang  
    selengkapnya untuk menghadapi UPSR.

3. Meningkatkan peratus kelulusan murid dalam semua mata  pelajaran UPSR.

4. Membantu murid-murid yang lemah melalui program-program yang
    dirancang agar mereka dapat meningkat dari Gred D dan E ke sekurang-
    kurangnya  Gred C.

5. Meningkatkan bilangan murid yang mendapat 5A dalam UPSR.

6. Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mempunyai jati diri yang tinggi.